Isnin, 1 Oktober 2012


KHASIAT BARLEYGREEN /

DAUN BARLI HIJAU


Dr. Yoshihide Hagiwara;

ialah seorang saintis dan pakar perubatan dari Jepun yang terkenal. 
Beliau pernah memenangi banyak anugerah penyelidiakan peringkat antarabangsa dan 

menghabiskan masa 30 tahun untuk mengkaji khasiat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan. 

Setelah mengkaji 400 jenis tumbuhan hijau, herba-herba dan rumput yang tumbuh di alam maya ini beliau mendapati DAUN BARLI HIJAU MEMPUNYAI SUMBER KHASIAT YANG TERKAYA BERBANDING DENGAN TUMBUH-TUMBUHAN LAIN.

Sejarah kewujudan daun barli hijau di Jepun ialah 30 tahun manakala di Amerika Syarikat ialah lebih dari 25 tahun.



Minuman JUS HIJAU *
Paling laris didunia

Sejak 1987 lagi !



Daun barli hijau atau barleygreen  adalah makanan semulajadi yang paling berkhasiat mengandungi nutrient yang tinggi dan seimbang. Ini membolehkan ia menjalankan tiga fungsi utama :-

1.Pembersihan (menyingkirkan toksin dari badan),

2.Pengimbangan (mengimbangkan pH badan),
3.Pemulihan (membekalkan nutrient yang diperlukan oleh sel badan).

Dengan menggunakan teknologi tinggi yang bersuhu rendah, cara
pemerosesannya ialah dengan pemerahan daun barli hijau daripada dinding sel untuk mengeluarkan nutrient yang terkandung didalamnya serta mengekalkan nutrient tersebut dalam keadaan yang semulajadi
supaya mudah diserap oleh badan manusia.



Pakar perubatan dan pemakanan terkemuka dari Amerika Syarikat DR. Mary Ruth Swope telah membuat kajian dan penganalisaan tentang daun barli hijau penemuan DR.Hagiwara. Beliau telah mengesahkan keajaiban dan khasiat daun barli hijau dalam menangani masalah-masalah berikut :

* Menningkatkan stamina, mengurangkan keletihan dan meningkatkan kualiti tidur seseorang.

* Sangat berkesan dalam merawat ulser (ulser perut, mulut dsb).
* Mengurangkan kesakitan sendi dan otot.
* Mempercepatkan pemulihan luka.
* Meningkatkan daya sistem pertahanan tubuh.
* Meningkatkan daya ingatan dan menyegarkan fikiran.
* Menghapuskan bau badan dan bau mulut.
* Membantu pencernaan makanan dan mengatasi masalah sembelit.
* Mengurangkan kolesterol darah dan tekanan darah.
* Memperbaiki simtom akibat haid.
* Mengatasi kesan sampingan yang timbul akibat penggunaan ubat-ubatan moden.



7 Sebab Kenapa Anda Perlu Mengambil Barleygreen ? : Sebahagian daripada fenomena biologi Barleygreen ialah ianya mudah diserap, beralkali, mengandungi klorofil, vitamin, mineral, protein enzim dan merupakan makanan seimbang.



1. Faktor Penyerapan :

Memandangkan Barleygreen ialah pati dari daun barli segar yang tidak diproses/dimasak, kebanyakan nutriennya adalah sedia diserap (atau diterima) oleh badan kita.Kebanyakan orang yang telah

merasakan dos vitamin dan mineral yang banyak tidak dapat membantu tubuh mereka tetapi vitamin semulajadi, mineral, asid amino (protein) dan enzim yang tidak diubahsuai yang ditemuidalam Barleygreen telah memberikan tenaga kepada tubuh mereka seperti yang diperlukan. Badan kita menerima lebih banyak kebaikandan faedah apabila mengambil vitamin dan mineral yang ditemuidalam Barleygreen berbanding dengan mengambil dos yang banyak dari vitamin dan mineral sintetik.


2. Kadar Alkali Yang Tinggi :

Sel badan kita tidak berfungsi dengan sempurna jika nilai Ph (yang mengukur keasidan dan kealkalian) berada dalam tahap yang rendah. Kajian terhadap pengimbangan pH badan kita menunjukkan jika pH badan kita lebih kepada berasid, kita lebih mudah terdedah kepada penyakit Kebanyakan orang yang mengalami alahan teruk

mempunyai badan berasid. Kesemua makanan yang diproses adalah asidik, dan apabila kita mengambil terlalu banyak makanan-makanan tersebut, imbangan asid dan alkali akan terganggu. Untuk memperolehi pH yang seimbang, kita memerlukan diet yang terdiri daripada 70-80 peratus buah-buahan dan sayur-sayuran. Kandungan
alkali yang tinggi dalam Barleygreen berguna untuk menyeimbangankan asid dalam tubuh kita.



3. Jumlah Klorofil Semulajadi Yang Tinggi :

Klorofil adalah hasil daripada fotosintesis tumbuhan. Klorofil adalah tenaga solar yang diserap untuk kegunaan manusia. Klorofil mempunyai struktur molekul yang hampir sama dengan hemoglobin dalam darah. Perbezaan yang utama hanyalah nukleus-nukleus hemoglobin ialah zat besi manakala nukleus klorofil ialah magnesium.

Klorofil mengeluarkan sel mati, mengurang atau menghapuskan nafas berbau dan mampu menghilangkan kesan penuaan.


4. Spektrum Vitamin Dan Mineral Yang Luas :

Barleygreen mengandungi sekurang-kurangnya 16 vitamin, 11 mineral utama dan 12 mineral surih. Ini termasuk potassium, kalsium, magnesium, zat besi, kuprum, fosforus, mangan, zink, karoten beta, vitamin B1, B2, B6, asid folik dan asid pantotenik. Malah, jus barleygreen mengandungi 11 kali kalsium berbanding susu lembu, hampir 5 kali zat besi berbanding bayam, 7 kali vitamin C berbanding oren dan 80mg vitamin B12 dalam setiap 100gram.



5. Makanan Seimbang Yang Tidak Diproses :

Kekuatan sebenar Barleygreen dijumpai kombinasi kebanyakan nutriennya. Barleygreen ialah kepekatan makanan yang tidak diproses, sebab itu ianya hampir menyamai keadaan semulajadi dan membekalkan nutrien dalam nisbah semulajadi. Ini yang menarik minat DR. Yoshihide Hagiwara, pencipta Barleygreen, visi keseluruhan dan bukannya secara individu dan Barleygreen sepatutnya bukan dikenali dengan hanya membincangkan jumlah vitamin dan mineralnya. Era hanya memfokuskan ke atas satu vitamin dan mineral telah ketinggalan zaman. Kini lebih banyak perhatian perlu difokuskan ke atas fenomena biologi.



6. Jumlah Protein Yang Tinggi :

Protein dalam Barleygreen terdiri daripada asid amino. Sebanyak 18 asid amino yang berbeza ditemui dalam Barleygreen daripada 21 jenis yang ditemui dalam tubuh kita. Sebanyak 3 lagi yang tidak ditemui dalam Barleygreen boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh kita. Barleygreen mengandungi 2 kali ganda protein berbanding hamburger dengan berat tanpa kolesterol dan lemak. Ramai para atlit mengambil Barleygreen untuk stamina dan kekuatan yang mampu dibekalkan olehnya.



7. Enzim hidup yang luas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan