Rabu, 10 Oktober 2012

KHASIAT BUAH NENAS 
Buah nenas sememangnya tidak asing di kalangan rakyat Malaysia. Rasanya yang enak menjadikan nenas buah pilihan kebanyakan orang. Selain dimakan segar, nenas juga dijadikan bahas masakan seperti pajeri, masak lemak dan gulai.


Antara manfaat nenas adalah:

1. Membantu menurunkan berat badan.

Memakan nenas boleh mengurangkan ketagihan manisan. Menambah nanas dalam makanan harian juga membantu menurunkan berat badan kerana nanas menyebabkan rasa kenyang tanpa menambah satu auns lemak sekali pun.

2. Menyihatkan mata. Kajian menunjukkan amalan memakan nenas melindungi mata daripada masalah berkaitan penuaan kerana ia kaya dengan anti-oksida.

3. Nenas mengandungi  bromelain oleh kerana itu ia bertindak melambatkan pertumbuhan sel kanser dan mencegah kanser. Nenas dipercayai mampu  merawat Kanser. Dua molekul daripada nanas menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan sel kanser. Salah satu molekul yang dikenali sebagai CCS menghalang protein yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel kanser. Buah ini mempunyai kandungan vitamin A, B, dan C yang tinggi.

4. Membantu memerangi pelbagai jenis penyakit. Nenas yang kaya dengan vitamin C merupakan sumber sangat baik untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyerang sel-sel sihat. Banyak radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit kronik seperti jantung, kencing manis dan barah. Amalan memakan nanas juga berkesan untuk menghindari selesema dan meningkatkan sistem imunisasi.

5. Nenas yang kaya dengan serat amat berkesan untuk memulihkan masalah sembelit dan masalah buang air besar yang tidak teratur.

6. Mengandungi enzim yang menjadikan kulit anjal, lembap dan menyingkirkan sel-sel mati dan rosak adalah kelebihan nanas. Enzim di dalam nanas juga membantu memerangi radikal bebas yang boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis-garis halus.
7. Kegunaan Lain

Buah dan pokok nenas boleh dijadikan sumber komersial asid organik seperti asid askorbik, asid malik dan asid sitrik. Batang dan buahnya pula boleh digunakan untuk melembutkan daging. Serabut nanas pula yang diperoleh dari daun nenas boleh dibuat kain yang berkualiti selalunya boleh didapati di Filipina dan Taipei.
Jus Nanas

Jus nenas ini bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka. Amalan minum jus nanas, juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas.

Enzim yang terdapat pada buah nanas boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan