Khamis, 11 Oktober 2012


KHASIAT TAUGE YANG TERSEMBUNYI...
RUGI BAGI BUKAN PENGGEMAR TAUGE
Suka makan sayur taugeh? Taugeh adalah hidangan sayur yang sesuai dimakan ketika makan tengah hari ataupun makan malam tetapi sering dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan. Mungkin ramai yang masih tidak tahu sebenarnya taugeh mempunyai pelbagai khasiat yang tersembunyi walaupun disebalik badannya yang kurus melidi tetapi ia kaya dengan pelbagai khasiat untuk menyembuhkan pelbagai penyaki. . Berikut disenaraikan beberapa khasiat taugeh kepada kita.
1. Mampu melumpuhkan Sel Kanser dan mencegah 
    Kanser
Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
 

2. Baik Untuk Wanita ( Mencegah Kerapuhan Tulang)
Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.


3. Mampu meningkatkan kesuburan Wanita dan 
    Lelaki
Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.

4. Kurangkan Lemak
Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan seharian. Saponi di dalam taugeh akan menghalau 'lemak jahat' LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%. 
5. Mampu membuang kotoran dalam usus besar
Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.

6. Lebih Muda / Menghalang Tubuh dari sel perosak 
    DNA
Taugeh juga  padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda. 

Jadi tunggu apa lagi  jom kita makan tauge..hehehe ;) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan