Buttered Prawn
Bahan-bahan
- 10
ekor udang XL (dibersihkan dan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit)
- 3-4 biji kuning
telur (dikacau sedikit)
- 2 ulas bawang putih
(dicincang)
- 1/2 inci halia
(dicincang)
- sedikit susu
cair - optional
- 1 tangkai daun
kari
- 4-6 biji cili
padi (dihiris)
- gula secukupnya
- 100g mentega
Cara-cara:
- Cairkan
mentega di dalam kuali dengan api perlahan. Apabila sudah cukup panas
tuangkan perlahan-lahan kuning telur sambil dikacau perlahan-lahan tanpa
henti dengan senduk (tangan kiri memegang bekas untuk kuning telur dan
angkat tinggi sedikit macam nak buat teh tarik sementara tangan kanan
memegang senduk. Putar secara sehala sahaja). Angkat dan tapiskan sebaik
sahaja minyak mentega tadi berbuih. (kalau nak garing, boleh biarkan lama
sedikit tetapi jangan sampai hangus). Ketepikan.
- Dengan
menggunakan minyak yang sama, goreng udang hingga masak. Angkat dan
toskan.
- Kemudian
cairkan/panaskan lagi sedikit mentega atau minyak masak(anggaran 1sudu
besar), tumis bawang putih dan halia hingga garing. Masukkan daun kari,
cili padi dan gula secukupnya.
- Masukkan
udang dan separuh daripada telur tadi. Gaul-gaulkan. Boleh juga masukkan
sedikit susu cair jika suka (DJ kurang gemar letak susu cair).
- Tutupkan api. Masukkan lebihan telur tadi dan gaulkan lagi. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih dan sebagainya.
Selamat Mencuba......