Selasa, 28 Ogos 2012


Buttered Prawn 



Bahan-bahan

  • 10 ekor udang XL (dibersihkan dan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit)
  • 3-4 biji kuning telur (dikacau sedikit) 
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/2 inci halia (dicincang)
  • sedikit susu cair - optional
  • 1 tangkai daun kari
  • 4-6 biji cili padi (dihiris)
  • gula secukupnya
  • 100g mentega
Cara-cara:
  1. Cairkan mentega di dalam kuali dengan api perlahan. Apabila sudah cukup panas tuangkan perlahan-lahan kuning telur sambil dikacau perlahan-lahan tanpa henti dengan senduk (tangan kiri memegang bekas untuk kuning telur dan angkat tinggi sedikit macam nak buat teh tarik sementara tangan kanan memegang senduk. Putar secara sehala sahaja). Angkat dan tapiskan sebaik sahaja minyak mentega tadi berbuih. (kalau nak garing, boleh biarkan lama sedikit tetapi jangan sampai hangus). Ketepikan.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng udang hingga masak. Angkat dan toskan. 
  3. Kemudian cairkan/panaskan lagi sedikit mentega atau minyak masak(anggaran 1sudu besar), tumis bawang putih dan halia hingga garing. Masukkan daun kari, cili padi dan gula secukupnya. 
  4. Masukkan udang dan separuh daripada telur tadi. Gaul-gaulkan. Boleh juga masukkan sedikit susu cair jika suka (DJ kurang gemar letak susu cair). 
  5. Tutupkan api. Masukkan lebihan telur tadi dan gaulkan lagi. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih dan sebagainya. 
Selamat Mencuba......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan