Rabu, 19 September 2012



KELEBIHAN DAN KHASIAT BUAH TIIN 



Khasiat Dan Kelebihan Buah Tin? Selain dari kurma yang telah diketahui umum akan khasiat and hikmah memakannya, buah tin juga sangat bermanfaat kepada umat manusia seperti yang diterangkan dalam surah At-Tin (surah ke 95 dalam Al-Quran) dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun. Apakah keistimewaan buah tin dan buah zaitun ini sehinggakan Allah bersumpah diatasnya?

Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”
Antara khasiat buah tin termasuklah menyingkirkan keracunan (toksin), mencairkan tekak, mengurangkan batuk yang berpanjangan lantas melapangkan dada. Ia juga berfungsi untuk membersihkan hati (kidney) dan jantung dan membersihkan lendir dalam usus. Buah tin sangat bermanfaat kepada pesakit buasir, dimana ia dapat membantu mengurangkan bengkak pada buasir dan seterusnya mengecutkannya. Buah tin juga membantu melawaskan kencing dan merawat sakit-sakit badan. Selain dari itu buah tin dipercayai dapat menyembuhkan penyakit bengkak telinga dan mempercepatkan pertumbuhan gigi bagi kanak-kanak.

Prof. J. A Vinson dari Universitas Scranton Amerika Syarikat telah membuat kajian dan membuktikan bahwa, Buah Tiin mengandungi khasiat yang tinggi jika dibandingkan dengan buah-buahan yang lain. Buah Tiin tidak mengandungi garam, lemak dan kolesterol, tetapi mengandungi kalium yang lebih tinggi, serat dan zat besi. Hasil penelitian dalam 100gram buah Tiin, mengandungi 20% daripada keperluan zat serat harian tubuh kita. Dari jumlah tersebut, lebih 28% adalah jenis serat terlarut. Penelitian juga menunjukkan, bahwa serat terlarut dapat membantu gula dalam darah dan mengurangi kolesterol dalam darah dengan mengikatnya di dalam saluran pencernaan, manakala serat tidak larut, dapat melindungi dan mencegah kanker usus besar (kolon). Makanan yang kaya dengan serat mampu mengurangi berat badan, oleh karena itu Buah Tiin juga sangat sesuai mengatasi masalah berat badan.


Satu lagi keistimewaan yang terkandung di dalam Buah Tiin adalah ia dipercayai mempunyai bahan yang dapat melawan kanser. Buah Tiin mengandungi "polyphenols" yang tinggi berfungsi sebagai antioksidan yang amat penting bagi tubuh kita, karena dapat berfungsi sebagai free radical dalam tubuh yang menyebabkan kanser. Disamping itu, Buah Tiin juga mengandungi unsur lain yang menjadi bahan anti kanser, yaitu "benzaldehyde" dan "coumarins". Benzaldehyde telah terbukti mampu bertindak sebagai bahan anti tumor dan "coumarins" ia adalah baik untuk merawat kulit dan kanser prostat.


Menurut Imam Ibnu Al Jawziyyah, Buah Tiin memiliki banyak khasiat, diantaranya dapat mengurangi penyakit sesak nafas, membersihkan hati dan limpa, juga mencairkan kahak, serta memberi khasiat yang baik pada tubuh, sebagai langkah pencegahan untuk melawan racun di tubuh kita. Buah Tiin bolih dimanfaatkan oleh para jemaah haji sebagai pelindung kulit dari sengatan angin sejuk maupun angin panas.


Disamping itu, Lembaga Penasehat Buah Tiin di California (California Fig Advisory Board) telah mengistiharkan Buah Tiin sebagai "Nature's most nearly perfect fruit", yaitu Buah yang hampir mencapai tahap kesempurnaan secara keseluruhan. Kandungan vitamin buah Tiin tak kalah hebatnya dengan buah epal dan jeruk. 

Penelitian olih California Figs Nutritional Information juga menyiarkan bahawa buah Tiin mengandungi serat (dietary fiber) yang sangat tinggi. Setiap 100 gr buah Tiin kering terkandung 12,2 g serat sedangkan apel hanya mengandungi 2g dan jeruk 1,9 g. Penggambilan buah Tiin secara teratur, menurut para pakar kesehatan, dapat membantu membersihkan racun di dalam tubuh, mencegah kanser kolon dan penyakit sampingan (degenerative) lainnya.

Selain mengandungi antioksidan -benzaldehyde- yang dapat membendung persenyawaan karsinogen penyebab kanser, buah Tiin juga mengandungi asam lemak tak jenuh yang diperlukan bagi kesehatan, di antaranya omega-3 dan omega-6. Buah Tiin rendah lemak, rendah sodium, rendah kalori dan bebas kolesterol sehingga sangat sesuai dimakan olih para penderita diabetes mellitus. Bermacam vitamin dan mineral yang bermanfaat terkandung di dalamnya. Setiap 100 g buah Tiin mengandungi vitamin A sebanyak 9.76 IU, vitamin C, 0.68 mg, kalsium, 133.0 mg dan zat besi, 3.07 mg. Kandungan nutrisi buah Tiin ini mampu mengurangi kolesterol jahat, menguatkan jantung dan memulihkan pernafasan bagi penderita sesak nafas.

Buah Tiin, buah barokah beraroma wangi, rasanya lazat dan mengandungi ubat untuk berbagai penyakit bagi menjaga kesehatan tubuh badan. Sangat bermanfaat untuk makanan dan kesehatan. Diambil dengan bermacam cara, sebagai buah, dikeringkan, dicampurkan dengan buah lainya, dihiris halus dll. Termasuk makanan sebagai pengubatan islamik atau tibb-un-nabawi. 

Allah s.w.t telah bersumpah diatas nama Diri-NYA, bersumpah demi Zat dan sifat-sifatNYA, dan bersumpah demi makhluk-makhluk Nya menunjukkan Keagungan dan Kekuasaan-Nya. Di antara makhluk-makhluk (buah-buahan) yang disumpah Allah s.w.t. ia lah buah tiin (demi buah tiin dan zaitun), ayat pertama dari surah At-Tin. Buah tiin yang disumpahkan ini terdapat pada salah satu surah Al Qur’an dengan nama buah itu sendiri, tergolong tumbuhan jenis (Ficus) dari keluarga (Moraceae) yang menurut ahli botani jenis ini ada sekitar 700 jenis yang tersebar disegenap penjuru dunia.
Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah tiin kerana dengan buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam a.s dan Siti Hawa a.s. sewaktu Allah meyingkap aurat kedua-duanya mereka selepas mereka memakan buah larangan dalam Syurga.

Nilai nutrisi didalam buah tiin kering: 


Nutrisi 

Protin gm 4.3 
Lemak gm 1.3 
Mineral gm 2.4 
Serat gm 5.6 
Karbohidrat gm 63.4 
Tenaga kcal 274 
Kalsium mg 126 
Forforus mg 77 
Zat besi mg 3 
Vitamin C mg 1

KHASIAT

 Satu lagi keistimewaan yang terkandung di dalam Buah Tiin adalah dapat dipercayai mempunyai bahan yang dapat melawan kanser. Buah Tiin mengandung "polyphenols" yang tinggi berfungsi sebagai antioksidan yang amat penting bagi tubuh kita, karena dapat berfungsi sebagai free radical dalam tubuh yang menyebabkan kanser. Disamping itu, Buah Tiin juga mengandung unsur lain yang menjadi bahan anti kanser, yaitu "benzaldehyde" dan "coumarins". Benzaldehyde telah terbukti mampu bertindak sebagai bahan anti tumor dan "coumarins" adalah untuk merawat kulit dan kanser prostat.

 Disamping itu, keberadaan serat, kalium dan magnesium di dalam Buah Tiin dapat mengurangi serangan angin dan mampu mengawal tekanan darah tinggi., serat yang terdapat di dalam Buah Tiin ini dapat memperlahan proses penyerapan glukosa di usus kecil. Gabungan zat yang terkandung dalam Buah Tin yaitu serat yang tinggi dan karbohidrat dalam bentuk yang ringkas, yaitu glukosa dan fruktosa mampu mengawal kadar gula dalam darah seseorang.

 Sehubungan dengan itu, Dr. Oliver Alabaster, yaitu Pengarah Institut Pencegahan Penyakit di George Washington University Medical Centre menyatakan bahwa jika seseorang mengambil Buah Tiin, sebenarnya telah mengambil makanan yang menjamin kesehatannya dalam jangka panjang. Maka tidak heranlah jika Buah Tiin disebut oleh pakar-pakar makanan pada saat ini sebagai makanan Nutraseutikal (functional food), karena Buah Tiin bukan sekedar mengandung zat-zat yang berkhasiat, bahkan lebih dari itu dan bermanfaat sebagai penjaga tubuh dan mampu mencegah serangan penyakit-penyakit tertentu.

 Menurut Imam Ibnu Al Jawziyyah, Buah Tiin memiliki banyak khasiat, diantaranya dapat mengurangi penyakit sesak nafas, membersihkan hati dan limpa, juga mencairkan kahak, serta memberi khasiat yang baik pada tubuh, sebagai langkah pencegahan untuk melawan racun di tubuh kita. Buah Tiin bolih dimanfaatkan oleh para jemaah haji sebagai pelindung kulit dari gigitan cuaca sejuk maupun cuaca panas.

 Imam Jafar Assadiq menasihat memakan buah Tiin bagi menghilangkan bau nafas.

 Tiin penuh dengan serat pemakanan (dietary fiber) dan sumber yang kaya dengan magnesium begitu juga potassium. 

 Tiin mengandungi kandungan yang hampir penuh dengan vitamin A,B,C, dan rendah dengan kalori – hampir 50 kalori setiap satu.

 Setiap 100 g buah Tiin mengandungi vitamin A sebanyak 9.76 IU, vitamin C, 0.68 mg, kalsium, 133.0 mg dan zat besi, 3.07 mg. Kandungan nutrisi buah Tiin ini mampu mengurangi kolesterol jahat, menguatkan jantung dan memulihkan pernafasan bagi penderita sesak nafas.

 Sebiji buah tiin mentah yang besar menggandungi 77,5 peratus air, 8 g protein, 2 g lemak, 23 mg calcium, 4 mg besi, 50 IU vitamin A, 2,1 g serat pemakanan (dietary fiber), 3.8 mcg foliate, 3 mg niacin and 1 mg vitamin C. 

 Buah Tiin mampu membendung beberapa jenis ketumbuhan.

 Dalam satu penyelidikan yang telah dijalankan olih University of Scranton, jika dilakukan perbandingan dengan buah buahan lain, buah Tiin yang kering menggandungi tahap pembentukan Phenol yang amat tinggi yang kaya dengan antiosida. Phenol di gunakan sebagi antiseptic untuk membunuh microorganisma.

 Buah Tiin amat sesuai diamalkan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ia menggandungi enzin penghadhaman dari semua ketiga diet: Protin, karbohidrat dan lemak.

 Buah Tiin adalah buah yang memberi tenaga dan kekuatan kepada pesakit menuju pemulihan.

 Buah Tiin juga dicadangkan dalam rawatn asthma, batuk, demam dan juga diabetes. Sirap yang disediakan dari biji methi (methi seeds), buah Tiin dan madu amat berkesan kepada batuk dan radang paru paru (bronchial asthma).

 Kandungan phosphorous dalam buah Tiin amat berfaedah kepada system saraf (nervous system).

 Saintis perubatan, Al Shaikh al Raess, Abu Ali Ibn Sina, mencadangkan buah Tiin untuk pesakit sembelit, masalah hati, masalah saluran kencing, pedih hulu hati, sakit dada, bawasir dan penyakit sawan (epilepsy). Beliau mencadangkan memakan 5 biji diawal pagi dari 4 hingga 10 bulan berterusan jika pesakit itu inginkan kesemburan bawasir sepenuhnya. 

 Buah Tiin amat berfaedah kepada wanita menggandun dan Ibu yang meyusukan bayi, ia membantu mengurangkan acidity, rheumatism dan membantu otak.

 Abu dari Buah Tiin bila dicampur minyak, merawat jerawat, pigmentasi kulit (skin pigmentation) dan memutihkan gigi. 

 Untuk merawat luka ia diguna dalam bersama susu panas.

 Buah Tiin digunakan secara meluas dalam rawatan penyakit utama seperti kanser dan lumpuh (cancer and paralysis). Dr. Kochi dari Jepun, who specializes in using figs for its medical value, has treated twenty kinds of cancer with figs. According to Japanese tests, figs and the fig syrup (benzaidehyde) have helped shrink tumors.

 Disebabkan kandungan Alkali nya yang tinggi, ia dianggap amat berguna kepada mereka yang ingin berhenti merokok.

 Buah ini mengadungi proteolysis enzim yang membantu penghadaman dan banyak digunakan dalam industry penyedian ubatan.

 Ia melarut dan membuang batu karang buah pinggang dan batu karang pundi kencing dan membantu pesakit yang menderita kegagalan buah pinggang atau melakukan pemindahan buah pinggang. Ia bertindak membersihkan halangan dihati (liver) dan hempedu (gall bladder) dan menggurangkan kesakitan buah pinggang dan pundi kencing.

 Diwaktu demam, pesakit dicadangkan menggunya buah Ara agar dapat memberi keligaan kepada mulut yang kering.

 Ia amat baik untuk penggambilan sebagai tonik dan melindung dari kesan toksik.

 Amat baik untuk sakit tekak, kerongkong, semput, radang paru-paru dan juga untuk hati dan limpa.

 Buah Tiin digunakan secara meluas dalam rawatan penyakit utama seperti kanser dan lumpuh (cancer and paralysis). Dr. Kochi dari Jepun, yang pakar tentang khasiat buah Tiin dari segi perubatan telah merawat 20 jenis kanser dengan menggunakan buah Tiin. Mingikut kepada cubaan orang orang Jepun mereka diberi makan dan minuman dari jus buah Tiin (benzaidehyde) telah Berjaya mengecutkan ketumbuhan kanser.

Terdapat 2 jenis buah tin iaitu jenis kering dan jenis basah (segar) iaitu lebih kurang 23%. Buah tin yang kering didapati membekalkan 6 kali lebih kalori daripada jenis basah (segar). Pengeringan buah tin telah mengakibatkan pemekatan nutrisi di dalamnya dimana ianya menjadi lebih kaya dengan protin, lemak, karbohidrat. vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat besi dan potasium. Kandungan sodiumnya pula sangat rendah.

Kandungan nutrisi terkandung dalam buah tin kering adalah seperti berikut: Protin 4.3gm; Lemak 1.3gm; Mineral 2.4gm; Serat 5.6gm; Karbohidrat 63.4gm; Tenaga 274 kcal; Kalsium 126mg; Forforus 77mg; Zat besi 3mg; Vitamin C 1mg.


Antara Khasiat Buah Tin:
  • Terhidar dari keracunan.
  • Melincinkan tekak & dada.
  • Mencucikan hati & jantung.
  • Membersihkan lendir yang terdapat dalam usus.
  • Jika dimakan bersama buah pala akan tawar racun.
  • Menghilangkan penyakit buasir & melawaskan kencing.
JIKA dimakan seperti biasa:
  • Dapat menyembuhkan penyakit bengkak telinga.
  • Mempercepatkan pertumbuhan gigi. 
  • Menghilangkan batuk yang berpanjangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan