Selasa, 6 November 2012

KALORI ????!!!!!
Kalori adalah sebuah unit tenaga. Kalori bukan zat gizi seperti karbohidrat, protein dan lemak. Tetapi tubuh mendapatkan tenaga atau kalori dari zat gizi...
Walaupun kita makan beratus2 jenis makanan yang disediakan dengan pelbagai cara, segala makanan boleh difikirkan sebagai jumlah tenaga yang dibebaskan olehnya bila makanan itu akhirnya digunakan untuk tenaga oleh sel badan.

Cara terbaik menurunkan berat badan yang sihat bukan dgn menghindari karbohidrat, melainkan membakar kalori lebih daripada yang diambil melalui aktiviti fizikal atau kecergasan...

Dianggarkan sekitar 60% dari jumlah kalori keseluruhan kite digunakan untuk menjaga denyutan jantung, pernafasan, mengawal suhu badan, penghasilan hormon dan untuk fungsi otak.

Jadual Keperluan Tenaga / Kalori Untuk Sehari

CADANGAN PENGAMBILAN KALORI SETIAP HARI.

Dewasa
            Umur (Tahun)
                 Tenaga (Kalori)
Lelaki
Aktif
Sederhana
Berat Badan
55 kg

20 - 39
40 - 49
50 - 60
> 60

2,530
2,400
2,280
2,020
Perempuan
Aktif
Sederhana
Berat Badan
50 kg

0 - 39
40 - 49
50 - 60
> 60


2,000
1,900
1,800
1,600



Pilihlah makanan yang kurang kalori menggantikan makanan yang berkalori tinggi, seperti :

      a. Semangkuk meehon sup menggantikan sepinggan kuih teow goreng,
(350 kalori)(600 kalori)
      b. Segelas air kacang soya menggantikan sebotol minuman ringan,
(60 kalori)(150 kalori)
      c. Sepotong buah segar menggantikan semangkuk bubur caca,
(60 kalori)(300 kalori)
Jumlah :470 kalori1050 kalori


SAJIAN MAKANAN SEGERA

Pilih yang berkalori rendah : dari makanan segera yang berkalori tinggi seperti :

burger keju, 317 kalwhooper sandwich, 628 kal
buah-buahan, 60 kalkentang goreng, 227 kal
air atau teh tanpa gula, 0 kalcoke, 150 kal
salad tanpa dresing, 28 kal
Jumlah : 405 kaloriJumlah : 1005 kalori


PETUA MEMILIH MAKANAN DI RESTORAN 


a. Sebelum menempah meja, dapatkan maklumat sama ada bahan ramuan hidangan dapat 
    ditukar
b. Baca menu dengan teliti dan pilih makanan yang sihat. Pilih makanan yang bersayur.
c. Minta salad tanpa dresing
d. Minta makanan yang kurang berminyak, garam dan tanpa serbuk perasa (MSG). Minta 
e. Yang menggunakan perasa seperti rempah atau herba
f.  Pilih hidangan yang dikukus, rebus, panggang atau dibakar
g. Jika ada sos, minta ianya disajikan berasingan
h. Jika anda memerlukan makanan yang rendah kolestrol, elakkan makanan berdaging 
i.  Seperti otak, hati dan buah pinggang atau ketam, udang atau sotong
j. Pilih makanan yang disediakan pada asalnya memang berkalori rendah
k.Minta buah-buahan sebagai pencuci mulut
l. Minum air, teh atau kopi tanpa gula daripada meminum minuman ringan yang      manis atau 
  arak 
  • CONTOH MAKANAN DAN KALORINYA:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan