Khamis, 27 September 2012


Bila, dan bagaimana, harus saya menceraikan puting kosong dari bayi saya?


Ditulis untuk BabyCenter Malaysia
Bayi mempunyai refleks semula jadi untuk menghisap. Oleh itu penyusuan badan, botol dan puting adalah satu perkara yang amat menenangkan mereka. Walau bagaimanapun, adalah baik jika anda menghadkan penggunaan puting kosong oleh bayi anda apabila dia sekitar usia enam bulan dan anda harus cuba menghentikannya sama sekali menjelang usia satu tahun. 

Sudah tentu susah, apabila anda berhadapan dengan bayi yang meragam, untuk tidak memberikan dia puting sebab ramai bayi menggunakan lain-lain objek pengikatan diri juga, seperti ibu jari dan selimut penenang, sampai ke usia dua tahun atau lebih lanjut dari itu. 

Kadangkala orang mendapati lebih senang untuk menghentikan penggunaan puting kosong jika bayi sudah memahami sebab-sebab puting tidak diberi kepadanya, atau mengadakan peraturan tentang masa-masa puting dibenarkan, atau diberitahu sebab-sebab mengapa puting dilarang semasa di luar rumah. 

Apabila hendak menceraikan bayi dari puting kosong, sebagai permulaan adalah baik untuk menghadkan penggunaan puting untuk masa tidur sahaja, dengan menarik kembali puting itu apabila bayi sudah tertidur. Ini memastikan dia tidak mencari-cari puting apabila terbangun dari tidur dan sedar dia tidak boleh bergantung kepada puting untuk membantunya tidur kembali. 

Satu dari keburukan penggunaan puting kosong ialah ianya boleh menyebabkan masalah apabila gigi bayi sedang tumbuh. Ia juga boleh menjejaskan perkembangan kemahiran bertutur bagi bayi bertatih. Jika anak anda baru mula belajar bercakap, pastikan anda mengambil puting darinya apabila dia hendak menutur kata dan galakkan dia menggunakan perkataan dan bukan menggunakan jari tangan untuk menunjuk-nunjuk. 

Infeksi telinga juga bertambah dengan penggunaan puting sebab bakteria boleh bergerak dari mulut ke tiub Eustachia (saluran kecil antara telinga dan tekak). Ini satu sebab puting kosong perlu dicuci dengan rapi dan disterilkan secara kerap. 

Disemak oleh jururawat dan bidan UK terlatih Jennifer Hor, seorang pendidik antenatal dan keibubapaa yang juga pakar dalam penyusuan badan dan isu-isu kesihatan bayi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan