Selasa, 18 September 2012


KEBURUKAN MEE SEGERA



Mee segera merupakan mi separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” dalam kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket.

Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mi tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini menyebabkan pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser dalam kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya dimakan daripada mangkuk secara terus.

Jangan lupakan juga teknik memasak mi segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mi segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?

Kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mi segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan pengambilan mi segera. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mee segera mengandungi natrium yang tinggi.

Satu paket mee segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mee segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mee segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal. 

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?

Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

1. Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2. Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk 
    memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3. Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun 
    serangga.

4. Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan 
    petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5. BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6. Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh 
    memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan 
    janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7. Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering  
    digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga 
    digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi  
    lombong dan rawatan air.

8. Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. 
    Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, 
    cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. 
   Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan 
    buah pinggang.

9. Polydimethylsiloxane:
    Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut 
    berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10.Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): 
     Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak 
     mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan 
     pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan