Jumaat, 7 September 2012

KOLEKSI KEK PERKAHWINAN 

   Kek Perkahwinan sama ada dijadikan sebagai penghias dulang hantaran atau sebahagian daripada subjek dekorasi atur cara majlis, pemilihan kek perlu diberikan perhatian khusus. Walaupun ada yang berpendapat acara memotong kek itu lebih mirip kepada gaya perkahwinan Barat, ia sudah lama diterima dengan positif dalam adat kita merai mempelai. 


   Membeli atau menempah kek perkahwinan bukan sekadar untuk cukup syarat tetapi kek perkahwina juga memainkan perana penting sebagai penyeri majlis sama seperti memilih pelamin yang indah-indah. Memilih kek perkahwinan juga memerlukan perancangan awal agar impian untuk memiliki kek perkahwinan impian tercapai. Ada sesetengah kek mengambil masa yang panjang untuk disiapkan terutama dari segi hiasan kerana ada yang perlu ditempah dan ada yang perlu dibuat.

Bila waktu menempah kek perkahwinan?
Kek perkahwinan perlu ditempah seawal munkin, Jika tarikh majlis bersamaan dengan cuti sekolah atau cuti umum tempahan hendaklah dibuat 2 – 3 bulan awal kerana kebiasaanya kadar yang menempah kek pada tarikh tersebut adalah tinggi, takut nanti tempahan ditolak kerana penuh.

Langkah pertama.
Sebelum memilih atau menempah kek perkahwinan, tanya diri terlebih dahulu ;
  1. Berapa bajet?
  2. Berapa ramai akan dijamu?
Mengetahui fakta tersebut kita akan tahu rupa kek yang sesuai dengan majlis dan poket. Bukan sekadar hendak menjadi ‘wedding of the year’ cuma tidak mahu membazir.
Faktor yang perlu diambil kira bila memilih kek kahwin.
Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian didalam memilih Kek perkahwinan iaitubentuk, saiz, warna, Rasa dan hiasan
  1. Rekabentuk – Contoh-contoh kek perkahwinan boleh didapati dari majalah-majalah, buku atau website kek yang diminatii dan bersesuaian. Bawa atau pilih gambar untuk dibawa kepada pembuat kek bagi sebut harga dan pandangan. Jika ada rekabentuk sendiri, berbincang dan jelaskan kepada pereka kek yang bagaimana dikendaki.
  2. Saiz - pemilihan saiz adalah bergantung kepada jumlah individu yang hendak dijamu.
  3. Warna- Kebiasaanya warna kek mengikut warna tema sesebuah majlis, namun tidak menjadi kesalahan jika memilih warna yang kontras dari warna tema.
  4. Rasa – Pastilah mahu kek yang sedap, jika tidak pasti sedap atau tidak boleh dapatkan pandangan rakan atau kenalan yang pernah menikmati kek di kedai pilihan atau boleh beli untuk cubaan.
  5. Ising – Ising adalah bahan luar yang membaluti kek. terdapat pelbagai jenis icing yang terdiri daripada Buttercream, Royal icing, Fondant dan Marzipan. Setiap ising mempunyai kelebihan dan kekuranganya jadi pemilihan hendaklah bersesuaian dengan majlis itu sendiri disamping itujenis-jenis ising ini turut mempengaruhi harga kek. Buttercream merupakan pilihan yang paling popular kerana harganya yang agak rendah manakala harga bagi fondant adalah lebih tinggi. Namun dikala ini ramai pasangan suka memilih kek fondant kerana rupanya yang lebih elegant dan dapat digubah dalam perbagai bentuk.

Disini saya kumpulkan koleksi kek perkahwinan yang menjadi pilihan bakal pengantin, semoga ia memberi inspirasi kepada anda...layaaaannnn hehehe;)



sweetypink3.jpg



zaza-fendi.jpg

hearttoheart5.jpg












Tiada ulasan:

Catat Ulasan