9 Tips Untuk Kempiskan Perut
Bagaimana nak membuang lemak di bahagian perut?
Ini menjadi topik yang selalu menjadi bualan. Baca tip-tip bawah ini untuk membuang lemak yang tidak dikehendaki dan nampakkan otot di bahagian perut anda.
1) Makan makanan yang betul
Untuk mengempiskan perut kita perlu makan makanan yang seimbang didalam makanan harian kita kerana diet yang betul boleh membuang lemakndi bahagian perut. Makan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, fiber, vitamin dan mineral, “lean protein” , ikan dan teh hijau.
2. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.
3. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
4. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.Ikutlah sunnah cara pemakanan Nabi s.a.w.
5. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.
6. Tinggalkan makanan ringan atau fast food
Makan makanan ringan dan makanan segera adalah tidak baik untuk kesihatan dan akan membuatkan lemak berkumpul di bahagian perut jika diambil dengan berlebihan. Kita sepatutnya menggelakkan mengambil karbohidrat yang diprocess, gula, makan goreng(”deep fried food” ), makanan segera dan apa jua makanan berlemak.
7. Berhenti makan lewat malam.
Kebanyakkan orang akan terus tidur selepas makan lewat malam. Ini bermakna lebihan gula yang dimakan semasa makan lewat malam akan ditukar kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa kita tidur.
8. Kurangkan minum soda, jus atau minuman bergula.
Soda, jus asli atau minuman bergula mengandungi banyak kalori dan akan merosakkan usaha kita untuk mengempiskan perut. Berhenti minum minuman bergula dan banyakkan minum air kosong atau air mineral.
9. Latihan kardio dan berat.
Melakukan senaman kardio adalah amat penting untuk mengempiskan perut kerana senaman ini dapat membakar kalori lebih banyak dari melakukan senaman perut. Contoh senaman kardio seperti jogging, berjalan. Dan menaiki tangga. Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
Diharap dengan tip-tip yang diberi dapat membantu anda dalam usaha anda mendapatkan bentuk badan yang diingini..Selamat mencuba....;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan