Mungkin tajuk rencana ini sudah terlalu ‘klise’ untuk menarik minat
pembaca. Banyak rencana, buku dan maklumat-maklumat (berbahasa inggeris)
boleh diperolehi dari pelbagai sumber untuk mengetahui potensi
teknologi moden yang dikenali sebagai nanoteknologi. Namun begitu, usaha
terkini yang dijalankan dalam dunia perubatan menggabungkan teknologi
moden dan perubatan tradisional mungkin menarik minat kita untuk
mengetahuinya lebih lanjut terutamanya dalam bahasa sains popular dan
tidak terlalu saintifik. Tujuannya tidak lain ialah untuk menarik minat
masyarakat umum meninjau perkembangan sains dan teknologi terutamanya
dalam teknologi nano.
Seperti yang sudah sedia maklum, kanser merupakan
pembunuh nombor 1 dunia yang paling digeruni. Sehingga kini tiada ubat
khas yang dapat merawatnya dan kebanyakan pesakit yang menderita akibat
kanser akan berakhir dengan kematian. Usaha dilakukan oleh pakar-pakar
dan saintis di seluruh dunia termasuk dari Timur dan Barat untuk
menemukan penyembuh kanser yang paling ampuh yang dapat memperlahankan
sel kanser dari terus merebak di dalam badan manusia. Kita mungkin
selalu menggunakan kunyit dan rempah ratus dalam masakan. Samada sedar
atau pun tidak, selain di gunakan dalam masakan, kunyit juga mempunyai
nilai perubatan yang tinggi dalam peradaban timur. Sejarah penggunaan
kunyit dalam serbuk kari dan pengamal perubatan tradisonal ayurveda
telah muncul sejak 520 tahun Sebelum Masehi di kalangan penganut agama
Buddha. Kunyit sejak berabad lalu memainkan peranan penting sebagai agen
pewarna di dalam pelbagai masakan India. Selain sebagai agen pewarna ia
juga berperanan sebagai bahan yang digunakan dalam perubatan
tradisonal. Penemuan terbaharu yang ditemui oleh gabungan saintis India
dan Amerika seperti yang dilaporkan di dalam Jurnal Bionanoteknologi
menunjukkan sebatian kunyit yang terdapat di dalam serbuk kari mempunyai
unsur tertentu yang dapat mengubati kanser. Penemuan ini membuka
lembaran baru dunia perubatan dan memberikan harapan kepada pesakit
kanser. Dr Anirban Maitra, ketua penyelidik dari John Hopkins University School of Medicine Amerika Syarikat menemui sebatian aktif ’curcumin’
yang memberikan warna kuning terang di dalam serbuk kari yang mempunyai
sifat anti-ransangan dan ciri-ciri agen melawan kanser.
Selain Dr Maitra, beberapa kumpulan penyelidik lain melapor dan mengesahkan bahawa bahawa sebatian ’curcumin’
berperanan sebagai agen anti kanser berdasarkan sifatnya yang boleh
menghalang sel kanser yang dikenali sebagai tumor daripada merebak.
Antara kanser yang dikenalpasti dapat dicegah menggunakan ’curcumin’
ialah kanser kolon, kanser paru-paru, kanser buah dada, pankreas dan
kanser prostat. Beberapa laporan penyelidikan lain juga melaporkan
bahawa kunyit yang digunakan sejak berabad lama dalam penyediaan makanan
timur boleh dikembangkan menjadi penawar terbaik untuk menghalang
kanser. Apa yang menarik, sebatian curcumin di dalam kunyit ini tidak
memberikan kesan toksik pada sel-sel lain di dalam tubuh manusia selepas
dilakukan ujikaji di dalam makmal. Apa yang menjadi persoalan ialah,
mengapa kunyit tidak menjadi bahan asas utama dalam penyelidikan rawatan
dan penyembuhan kanser dalam dunia perubatan. Menurut Dr Anirba Maitra
walaupun bahan curcumin di dalam kunyit mempunyai potensi besar
di dalam rawatan kanser, bukanlah bermakna kunyit hanyalah satu-satunya
sahaja penyembuh segala penyakit. Masih banyak dan luas lagi ruang
lingkup penyelidikan yang perlu dijalankan menggunakan bahan-bahan lain
selain kunyit dan melihat potensi sebenar bahan ini. Apa yang membezakan
antara kunyit dan bahan lain ialah sebatian curcumin yang
terdapat di dalam kunyit itu sendiri. Sekiranya pada zaman dahulu kala
ia hanya digunakan secara terus samada di dalam makanan atau pun sebagai
sapuan, pada masa sekarang kunyit dijadikan bahan kajian utama untuk
menghasilkan sebatian nanocurcumin.
Apa yang membezakan nanocurcumin
dengan curcumin biasa ialah sifatnya yang luar biasa dan berbeza
daripada sifatnya yang asal dalam bentuk makroskopik. Sebatian
makroskopik curcumin mempunyai tahap kelarutan di dalam badan
yang rendah, mengambil masa yang agak lama untuk sampai kepada
bahagian-bahagian sel dalam badan dan tahap kadar penyerapan yang
perlahan sistem penghadaman. Untuk mengatasi masalah yang dihadapi
sebatian makroskopik yang bersifat konvensional dalam disiplin
perubatan, Dr Maitra yang mengetuai projek penyelidikan rawatan kanser
telah mendapat idea untuk menghasilkan partikel bersaiz nano sebatian curcumin
yang diperolehi daripada kunyit. Dengan penghasilan sebatian bersaiz
nano, ia dijangka dapat mengatasi halangan yang didapati dalam sebatian
asal seterusnya dunia perubatan menemui kaedah baru dalam usaha
mengubati kanser.
Dr Maitra juga menegaskan bahawa untuk benar-benar mengeksploitasi kelebihan curcumin di dalam kunyit, mereka perlu menemukan kaedah terbaik untuk memasukkan sebatian tersebut dari luar badan tanpa melalui sistem penghadaman yang kompleks akibat sifat ketidaklarutan ( undissolved) di dalam larutan badan. Selain itu, ketulan-ketulan curcumin makroskopik kelihatan jelas di dalam larutan cecair dan mustahil untuk dimasukkan melalui suntikan. Dengan penemuan nano partikel curcumin, semua masalah ini dapat di atasi. Dr Maitra dan kumpulannya juga sedang melakukan ujikaji di dalam makmal tentang potensi sebatian ini yang berupaya mencegah sel kanser pankreas dari merebak dan juga menghalangnya daripada membiak (self replicate). Menurutnya lagi, nanocurcumin membuka lembaran baru dalam dunia perubatan merawat kanser dan juga berpotensi untuk dikembangkan mengatasi penyakit lain seperti Alzheimer dan penyakit cystic fibrosis . Teknologi nano seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini semakin menonjolkan potensi aplikasinya di dalam bidang perubatan. Sebatian nanocurmin yang didapati daripada kunyit yang digunakan seharian dalam rempah ratus dan masakan kita seharian, rupa-rupanya tersembunyi satu rahsia perubatan yang tidak diketahui oleh manusia sebelum ini. Ini adalah salah satu contoh hasil yang diperolehi dari penyelidikan nanoteknologi yang sedang giat diusahakan di seluruh dunia termasuk dalam dunia perubatan. Masih banyak lagi rahsia-rahsia alam dan perubatan dari dunia timur dapat dicungkil melalui penyelidikan dan pembangunan untuk manfaat umat manusia pada masa akan datang....Mudah-mudahan maklumat ini sedikit sebanyak memberi input berguna kepada para pembaca yang dikasihi sekalian..;)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan