Khamis, 13 September 2012


BAGAIMANA CARA SAYA MENJAGA KESIHATAN GIGI ANAK SAYA?



PENJAGAAN MULUT YANG BAIK BERMULA SEBELUM GIGI PERTAMA BAYI.

Bayi dilahirkan dengan semua gigi mereka. Anda tidak  dapat melihatnya kerana ia terselindung di dalam gusi.  Gigi bayi mula menembus gusi sekitar 6 bulan. Tetapi  memulakan penjagaan mulut yang baik sebelum gigi pertama muncul adalah penting. Gigi yang sihat adalah hasil dari gusi yang sihat.

Kanak-kanak mempunyai semua gigi bayi mereka pada usia 3 tahun. Ini digelar gigi susu. Gigi bayi mula gugur sekitar usia 6 tahun, apabila gigi kekal, atau dewasa,  mula tumbuh. Jurang di antara gigi bayi adalah normal. Ia memberi ruang untuk gigi kekal. Kebanyakan gigi  kekal sudah tumbuh pada usia 13 tahun.

KEREPUTAN GIGI KERANA BOTOL SUSU MERUPAKAN SUATU MASALAH YANG SERIUS.

Kereputan Gigi kerana Botol Susu boleh terjadi jika bayi meminum susu, susu formula, atau jus daripada botol susu untuk tempoh masa yang lama.

Untuk mengelaknya:
• Alihkan botol susu selepas bayi anda habis minum.
• Jangan tidurkan bayi  anda dengan botol susu.

BERIKUT ADALAH BEBERAPA PETUA UNTUK  MENGEKALKAN GIGI KANAK-KANAK SIHAT DAN KUAT

0–2 tahun
• Bersihkan gusi dengan tuala  muka selepas memberi susu. Ini akan
  membantu membuang lapisan melekit yang dipanggil plak yang boleh
  menyebabkan kereputan gigi.
• Berus gigi dua kali sehari menggunakan air dan  berus gigi yang berbulu
  lembut.
• Aturkan temujanji rawatan pergigian yang  pertama sebelum hari lahir
  yang pertama.

3–5 tahun
• Mula gunakan ubat gigi berfluorida pada usia 3  tahun. Guna hanya jumlah
   sebesar biji kacang. Pastikan  anak anda meludahkannya selepas   
   memberus.
Cuba hentikan tabiat menghisap ibu jari dan putting pada usia 4 tahun.
• Mula berjumpa pakar pergigian anda setiap 6 bulan.

6–9 tahun
• Mula memflos sebaik sahaja gigi bersentuhan.
• Beritahu anak anda bahawa  adalah normal bagi gigi bayi gugur. Itulah
  caranya gigi “orang dewasa” tumbuh.
• Ibu bapa harus membantu  anak mereka memberus dan memflos dua kali
  sehari sehingga kanak-kanak mampu mengamalkan tabiat penjagaan mulut
  yang betul dengan sendiri.
• Sentiasa tumpukan perhatian yang lebih kepada gigi belakang, yang
  mungkin mempunyai lebih banyak plak.

10–12 tahun
• Minta kanak-kanak yang bersukan untuk memakai pelindung mulut untuk
  melindungi senyuman mereka.

13+ tahun
• Ibu bapa boleh memanfaatkan sepenuhnya minat anakremaja mereka
  terhadap penampilan diri mereka dengan mengingati mereka bahawa
  senyuman yang sihat dan nafas yang segar akan menjadikan mereka
  kelihatan dan merasa hebat.

BERIKUT ADALAH BEBERAPA PETUA
• Galakkan anak remaja yang memakai pendakap untuk memberus dan
   memflos dengan teliti.
• Rupa gigi selepas pendakap ditanggalkan bergantung kepada cara ia
  diperlakukan semasa pendakap dipasang.
• Cadangkan supaya anak remaja membawa berus gigi, ubat gigi, dan flos
  dalam tas tangan atau beg gim mereka untuk kegunaan pada waktu siang.

PETUA RINGKAS UNTUK PENJAGAAN MULUT YANG LEBIH BAIK BAGI KANAK-KANAK
• Mula amalkan penjagaan mulut yang baik walau sebelum gigi yang
  pertama muncul. Gigi yang sihat adalah hasil dari gusi yang sihat.
• Ibu bapa harus mengatur temujanji rawatan pergigian yang pertama bagi
  anak mereka sebelum hari lahir yang pertama dan setiap 6 bulan selepas
  usia 3 tahun.
• Adalah penting bahawa kanak-kanak memberus dua kali sehari
  menggunakan ubat gigi berfluorida dan mula memflos sebaik sahaja dua
  batang gigi bersentuhan.
• Kanak-kanak harus mengehadkan makanan dan minuman yang bergula
  dan melekit untuk melindungi daripada kereputan gigi.

Sumber dari Oral B

Tiada ulasan:

Catat Ulasan